
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kekurangan sepanjang pentadbiran beliau, selain mengaku redha dengan ketentuan Ilahi.
Katanya dalam perutusan khas hari ini, beliau menyifatkan jawatan tersebut sebagai satu amanah yang berat dan bukanlah satu kemegahan.
“Saya ingin memohon keampunan daripada saudara saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan sepanjang saya menjadi Perdana Menteri.
“Saya dan rakan-rakan JM yang telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara saudari sekalian dalam tempoh kr1sis ini
📍Muhyiddin maklumkan telah persembah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri kepada Agong hari ini
📍 Tindakan saya selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan pertahankan Perlembagaan @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/MFzebczygT
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
“Namun sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana sini, jadi saya memohon ribuan ampun dan maaf.
Sementara itu, beliau mengharapkan kerajaan baru agar meneruskan usaha Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baik.
“Saya harap kerajaan baru dapat dibentuk segera supaya pentadbiran negara kita ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biaasa
📍 Ikhtiar selamatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak berhasil disebabkan ada pihak rakus rebut kuasa
📍 15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepada saya dan cadangan persefahaman rentas parti turut ditolak parti pembangkang @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/j5cRdWGAkW
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
“Tempoh 2 bulan kehadapan adalah amat penting kerana dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober insyaAllah.”
Segala perancangan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor ek0nomi perlu dibuka semula bagi memastikan ek0nomi kita pulih segera dan rakyat dapat menjana wang untuk menyara diri dan keluarga