“10 Tahun Yang Terbilang, Terbalik, Tergoyang..” – Nabil & Zira Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10 Atas Pelamin

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-10 bersama isteri tercinta, Zira Ayub secara langsung menerusi program MeleTOP semalam.

Menurut Nabil, dia bersyukur rumah tangga yang dibina bersama Zira bertahan sehingga ke hari ini walaupun banyak rintangan.

Menerusi laman sosial Instagram, Nabil turut berkongsi foto persandingan mereka di program MeleTOP untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, 10 tahun yang cemerlang, gemilang, terbilang terbalik tergoyang terhuyung hayang terhan.yut tersa.lah termaaf terbuat lagi ter.buta tercelik terbaik!

“Kau maha baik ya Allah! Ya robb kau maha terbaik amin! Dosa kami terima amalan kami lorong kami dekat dengan Mu ya Allah. Amin amin ya rob. To infinity and beyond!” tulis Nabil di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, kedua-dua mereka mengenakan busana pengantin berona putih dan duduk di atas pelamin ringkas di tengah pentas.

Majlis persandingan tersebut turut diserikan dengan nyanyian romantis oleh Lah Ahmad serta dihoskan oleh Elly Mazlein.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah serta doa agar perkahwinan Nabil dan Zira kekal hingga ke akhir hayat.

Tergoyang terhuyung hayang hahaha lawak la. Alhamdulillah tahniah untuk 10 tahun anniversary Nabil dan Zira, moga sampai ke jannah amin,” komen Ramona Zamzam.

Alalalala sweetnya,” ujar Nabila Huda.

Anniversary depa ke? Rasa macam sat je 10 tahun dah ye depa kawin. Semoga kekal hingga ke jannah,” kata seorang wargamaya.

Banyaknya TER! Semoga bahagia selalu Nabil dan Zira,” usik seorang wargamaya.

Alhamdulillah, 10 tahun tak mudah nak pertahankan rumah tangga. Even sehari pun bukan mudah. Syukur Allah pinjamkan nikmat berumahtangga 10 tahun. Moga dipanjangkan jodoh sampai syurga,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang zuriat perempuan, Naira Mikayla, 8, Layla Medyna, 5, dan Mishall Imani, 2 tahun.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *