
Dato AC Mizal merupakan antara selebriti lejen yang serba boleh apabila berlakon best, mengacara apatah lagi bakatnya itu tidak perlu dipertikaikan malah suara Dato AC Mizal sangat power.
Sehinggakan Dato AC Mizal membuat cover semula lagu popular dirinya dan sebuah kumpulan dimana lagu tersebut berjudul Fiona mengundang peminat sangat teruja dan menggamit memori disaat zaman lagu terbabit terkenal.
Untuk info, lagu berjudul Fiona yang dinyanyikan semula oleh Dato AC Mizal merupakan lagu yang dipersembahkan oleh kumpulan pop Malaysia, 4U2C.
Walau bagaimanapun, ramai peminat sangat seronok mendengarkan video berdurasi lebih tiga minit yang dikongsikan oleh Dato AC Mizal di ruangan Instagram peribadinya.
Ini kerana, nyanyian Dato AC Mizal sangat sedap didengar lalu membuatkan video terbabit menerima pelbagai komen ramai yang memberikan pujian terhadap selebriti lejen ini.
View this post on Instagram
Lalu di ruangan komen pula, Dato AC Mizal membuatkan ada yang ingin mendengar dia menghasilkan video cover lagu dalam drama Gerak Khas pula yang mana turut menerima balasan komen daripada pengacara popular ini.
“Wah terimbau kembali kenangan dulu”
“Aaaah terbayang first crush masa kanak-kanak ni”
Dato lepas ni boleh la cover lagu Dato yang bertajuk Keliru salah satu ost Gerak Khas The Movie 1”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita
Sumber : HCL