[Video] Aksi Hebat & Wajah Kacak Nur Izzuddin Rumsani Di Piala Thomas Curi Tumpuan Netizen,- “Ada Iras Putera Mateen”

Pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani mencuri tumpuan ramai apabila menampilkan persembahan bertenaga bersama Soh Wooi Yik menentang pasangan Kanada di Piala Thomas pagi tadi.

Pada perlawanan yang diadakan di Arena Ceres, Aarhus Denmark, pasangan Izzuddin dan Wooi Yik memberi mata kemenangan yang keempat pada skuad Malaysia dengan keputusan 21-18, 21-13.

Namun selain prestasi cemerlang yang ditunjukkan, Izzuddin, 23, sudah menjadi kegilaan para gadis dengan wajah kacaknya.

Menerusi platfrom Tiktok, seorang pengguna berkongsi video sedutan aksi cemerlang Izzuddin bermain badminton.

Lihat video penuh di bawah:

Pemain yang berasal dari Johor itu juga kini semakin diminati ramai dan telah mengumpul seramai hampir 30,000 pengikut di laman Instagram.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat wajah Izzuddin begitu mirip seperti anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen.

@LiYa Lee :Macam iras Prince Mateen.”

“@Iman Love Baking :Korang ni tak setia laa. LZJ nak, Wooi Yik nak, Izzuddin pun nakk.”

“@euphoria:Nak bagitahu siap siap ni, dia dah ada GF tau ok tu je bye muah hehe

@pejai59:Macam suami Intan Ladyana.”

@queen:Dahla, aku nak semua player.”

“@Pearl:Nahhh dia ini aja yang bikin gue penasaran pengen nonton permainannya. Suka gue nih yang ada melayu-melayunya.”

@eyshah02:Sape sokong.. Dia ada iras putera Mateen, putera Brunei.”

@_the way he cover aurat..”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Skuad badminton muda negara melangkah ke suku akhir Piala Thomas berdepan Jepun pada Khamis.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *