Aman Ra, Isteri Telah Sah Berc3rai – “Bukan Nak Bes4rkan, Sekadar Nak Tvtup Apa Yang Telah ..”

Isteri kepada penyanyi rap Aman Ra, Naqitah Rahmat memaklumkan mereka telah sah bercera1.

Perkara terbabit didedahkan Natiqah menerusi hantaran di akaun Instagramnya pada lewat malam Isnin.

“Seperti yang dah dimaklumkan status perkahwinan antara saya dan bapa kepada anak-anak saya telah sah bercera1 .

“Bukanlah nak besarkan, sekadar nak tutup apa yang telah dibuka before .

“Saya belajar untuk bersuara, untuk terbuka, untuk face the realiti dan terima realiti dalam keadaan yang sangat bergelut dengan bermacam emosi. Saya bukan orang yang saya kenali selama ini .

“Siapa salah siapa betul siapa yang mula siapa yang melaratkan semua tu dah jadi sejarah. Segala jasa baik segala tindakan yang tak disenangi saya serahkan segalanya kepada yang Maha Esa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Natiqah memberitahu dia mahu terus memandang ke hadapan dan enggan menjadikan perpisahannya itu sebagai pengakhiran.

“Memang betul banyak sangat impact apabila struktur kekeluargaan hancur tetapi ini bukan pengakhiran kehidupan. Masih ada banyak pilihan kehidupan, masih ada banyak jalan masih ada lagi panjang masa jika diberi Allah rezeki umur yang panjang.

“Dari lubuk hati saya dengan rasa rendah diri saya minta maaf kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya saya manusia biasa yang banyak kekurangan.

“Saya belajar, sebagai seorang ibu, anak, ahli keluarga dan seorang wanita. Banyak saya belajar walaupun perjalanannya sukar. Apa yang penting saya belajar dari apa yang terjadi .

“Dengan itu juga , saya hanya mahu pandang ke hadapan. Tak mahu lagi toleh kebelakang. Dan segala yang terjadi telah saya anggap sebagai sejarah yang menjadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik untuk masa hadapan.

“Kepada semua wanita, jangan berhenti. Teruskan. Ini perjalanan bukan destinasi. Ada kehidupan yang lebih baik dihadapan menanti,” tambahnya.

Awal tahun ini, seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap Aman Ra tampil mendedahkan kisah kecvrangan suaminya bersama seorang wanita lain sehingga menjejaskan rumah tangga mereka.

D4kwa wanita itu, suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *