Ana Nayla Nama Diberi, Anak Sulung Ayda Jebat & Nabil Mahir

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi video pendek yang sekali gus menunjukkan wajah penuh anak perempuannya di Instagram, hari ini.

Malah isteri kepada Nabil Mahir ini turut mengumumkan nama permata hati sulung mereka iaitu Ana Nayla binti Ahmad Nabil.

“Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)


“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi & menjadi anak yang baik ya,” tulis Ayda pada ruangan kapsyen.

Video yang kini sudah pun menerima hampir 300,000 kali tontonan itu mendapat perhatian peminat yang turut menitipkan komen yang baik-baik buat keluarga kecil pasangan selebriti ini.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Peri.ntah Kawa.lan Perge.rakan (PKP).

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Media Hiburan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *