Anak-Anak Melompat Happy, Wawa Zainal Syukur Aeril Sembuh C0V1D- 19 Kali Kedua – “Selagi Masih Ada, Ciptalah Memori Bersama”

Pelakon, Wawa Zainal melahirkan rasa syukur apabila suaminya, aktor Aeril Zafrel sembuh daripada jangk1tan c0v1d-19 buat kali kedua.

Berita gembira itu dikongsi Wawa menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Video pendek yang dimuat naik pelakon cantik itu merakamkan gelagat dirinya memegang sebiji kek manakala anak-anaknya pula melompat keriangan kerana tidak sabar menunggu bapa mereka turun dari bilik selepas menjalani kuarantin kendiri.

“Alhamdulillah Aeril dah pun habis kuarantin. Dua kali positif c0v1d tahun ini, terima kasih Ya Rabb kau masih pinjam kan dia buat kami.

“Pinjam kan lah kesayangan ku ini Ya Rabb hingga ke hari-hari tua kami. Amin Ya Rabbal Al Amin. Hargai lah pasangan selagi masih ada. Cipta lah memori indah bersamanya.

“Terima kasih Allah… Semoga kita semua di pelihara dan di lindungi dari c0v1d yang semakin mengganas,” coretnya.

 

Video tersebut ternyata menyentuh hati pengikutnya, lebih-lebih apabila Aeril bergegas turun ke ruang tamu dan mengucup dahi isterinya selain mendukung anak-anaknya yang tersenyum melihat bapa mereka kembali sihat.

Untuk info, Aeril telah menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selepas disahkan positif c0v1d-19 kali kedua pada 4 Ogos lalu.

Wawa menerusi perkongsiannya pada 6 Ogos memaklumkan dirinya dan tiga anak mereka, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya negat1f c0v1d-19.

Sebelum ini, Aeril telah dij4ngkiti c0v1d-19 buat kali pertama pada Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *