Ank sulung sak1t saat isteri sarat hamil jadi asbab pindah ke KL, suami bisnes siang mlm cari duit… kini tauke kedai kek di Kelantan!

PERJALANAN jejaka ini sebagai pengusaha kedai kek tidaklah semudah yang disangka.

Menurut Aiman Ahmad Farid, 33, dia diuji apabila anak sulungnya, Umar Yazid yang kini berusia enam tahun didiagnos mengh1dap peny4kit autoimun, beberapa bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara pada tahun lalu.

Mempunyai kepakaran sebagai perunding dalam bidang industri makanan dan minuman, bapa kepada tiga cahaya mata itu terpaksa mencari alternatif untuk menyara keluarga sebelum memulakan perniagaan tersebut dengan sokongan isterinya, Nur Eizzati Mohamad, 28, yang dinikahi pada tahun 2015.

“Sebelum PKP, saya freelance buat consultation untuk orang set up cafe dan sebagainya. Kemudian, ada kisah sed1h sebelum saya memulakan perniagaan kek yang mana anak sulung saya dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur selama sebulan. Ia berlaku beberapa bulan sebelum PKP.

“Sebelum itu saya menetap di Kelantan. Isteri saya orang Ampang, Selangor. Saya ambil keputusan untuk menetap sekejap di Kuala Lumpur kerana anak ada pemeriksaan seminggu sekeli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Pada waktu itu, saya buat nasi kerabu pada waktu pagi, malam pula saya dengan isteri buat makanan western untuk dijual demi tampung perbelanjaan kami di sana. Pada waktu itu, kereta saya dipinjamkan kepada mak ayah di Kelantan.

“Saya di sini pinjam kereta mak mentua, pinjam motor adik ipar untuk beli barang berniaga. Isteri pula sedang sarat hamil anak ketiga kami pada waktu itu. Mula-mula isteri yang buat kek. Tapi saya kesian sebab dia sarat, jadi bermulalah perjalanan saya sebagai pembuat kek,” imbasnya kepada mStar.

Setelah keadaan kesihatan anaknya beransur baik, dia yang mesra disapa Aiman membawa seluruh keluarganya pulang menetap di Kota Bharu, Kelantan pada pertengahan tahun lalu.

Berbekalkan wang simpanan ketika berniaga makanan di ibu negara, Aiman berjaya membuka sebuah kedai kek di kampung halamannya dan kini sedang merancang untuk membuka cawangan kedua, tidak lama lagi.

“Ketika di Kuala Lumpur, saya dapat simpan dalam RM10,000 ke RM20,000. Kemudian saya terus cari kedai di Kelantan. Sekitar bulan Jun kami balik ke sana dan mula berniaga.

“Alhamdulillah, mungkin rezeki anak. Sambutan sangat menggalakkan. Anak sulung saya makin OK biarpun kini terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan. Pemeriksaan kesihatan pun dalam tiga bulan sekali, jadi tiada masalah untuk kami ke Kuala Lumpur untuk buat pemeriksaan untuknya.

Antara kek yang dihasilkan Aiman.

“Walaupun saya berniaga ketika PKP, mungkin rezeki saya pada waktu itu. Saya sendiri tak sangka sambutan sampai macam ni. Mungkin Allah nak bagi ganjaran atas ujian yang kami lalui.

“Isteri yang beri tunjuk ajar untuk asas buat kek. Kemudian dari segi dekorasi kek, YouTube dan Google menjadi guru saya. Selain itu, saya juga ada belajar dengan rakan-rakan pembuat kek. InsyaAllah, ada perancangan untuk buka cawangan kedua dalam Kelantan pada tahun depan,” dedahnya.

Aiman merupakan bapa kepada tiga cahaya mata.

Kisah Aiman meraih perhatian selepas dia berkongsi video perjalanannya sebagai pengusaha kek menerusi aplikasi TikTok.

Kata Aiman, tiada apa yang diharapkan selain kesihatan anak sulungnya serta perniagaan yang diusahakan demi keluarga terus mekar berkembang di negeri kelahirannya.

Dedah Aiman lagi, kedai miliknya terkenal dengan menu kek Japanesse Cotton, namun dia turut menawarkan seleksi perisa lain yang bukan sahaja indah pada pandangan mata, malah enak dijamu bersama keluarga.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *