‘Ikut Sunah Nabi SAW Pun Bayi Kecil Ni Tak Perlu ‘Exp0se’ Dulu’-Shuib Tak Sedia Kongsi Wajah Ayash Affan

Kerap kali dihimpit dengan pertanyaan daripada wargamaya yang ternanti-nanti untuk melihat wajah anak pramatangnya iaitu Ayash Affan, pelawak Shuib menyatakan dia belum ada jawapan bila akan dikongsikan.

Shuib, 37, mengakui berasa risau dengan penyak1t ain selepas mendapat pandangan daripada beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Justeru, pemilik nama Shahmira Muhamad menyatakan dia tidak akan mendedahkan dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak baik.

Tentang wajah Ayash, wallahualam saya tak tahu bila boleh dedahkan.  Usia Ayash sangat muda, dia bayi pramatang dan banyak benda yang perlu saya jaga.

Saya ada bertanya dengan beberapa ustaz ris4u dengan penyak1t a1n apabila orang puji comel sebab dia belum matang lagi.

Kalau ikut sunah Nabi SAW pun bayi kecil ni tak perlu expose dulu kecuali kepada keluarga.

Shuib berkata demikian ketika majlis bacaan Yasin sempena 40 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah pada Jumaat malam.

Dalam pada itu, usahawan terkenal itu memberitahu sangat mudah untuk menjaga Ayash Affan yang kini berusia sebulan 10 hari.

Bagaimanapun, ceritanya lebih lanjut dia perlu memberi penjagaan yang rapi kerana paru-paru anak ‘hebatnya’ itu masih belum matang.

Dia bayi yang sangat hebat dan mudah dijaga namun kini tetapi memerlukan penjagaan rapi seperti minum susu tiga jam sekali, di rumah tidak boleh ada asap atau terdedah dengan habuk.

Semua itu kerana paru-parunya masih belum matang.

Terdahulu, Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin men1nggal dunia 9 Ogos lalu selepas tiga hadir ditidurkan dan bertarung nyawa melawan v1rus C0v1d-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 2011 dan mendapat empat cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan berusia sebulan.

Sumber: Ohbulan via Instagram @shuibsepahtu

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *