“Ayash Dah Buka Mata, Kaki Menendang, Tangan Bergerak Aktif”

Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Shuib Sepahtu memaklumkan bayi lelaki mereka yang dilahirkan secara pramatang sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Meluahkan rasa syukur, Shuib berkata anak keempatnya yang diberi nama Ayash Affan itu sudah mula membuka mata dan keadannya kini stabil.

BACA: “Sarah Nak Sangat Nama Ayash Affan, Saya Reda Dengan Segala Kemungkinan”

“Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan. Dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

“Ya Allah syukur, ini juga berkat doa anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash. Saya balikkan doa-doa kalian, semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindang segala kemudaratan, insyaAllah Amin,” tulisnya.

Awal pagi tadi, Shuib memaklumkan keadaan Siti Sarah mula stabil apabila paras oksigen menunjukkan perkembangan yang baik meskipun belum sedarkan diri lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *