Bayi usia 3 hari Azmi Saat tidak sihat… disyaki ada masalah pada otak,- Azmi saat mohon doa

TIGA hari selepas kelahiran cahaya mata sulung, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat diuji apabila bayi lelakinya yang diberi nama Khairul Afnan berdepan pen.yakit kro.nik yang masih belum diketahui.

Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya.

azmi 1

Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.

“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram pada pagi Khamis.

Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut bagaimanapun masih belum berjaya kerana panggilan dibuat tidak berjawab.

 

Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!

SYAH

PENGURUS AZMI SAAT

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun.Sementara itu, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman ketika dihubungi mStar memaklumkan masih belum mengetahui pen.yakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.

azmi 3

Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.

“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan.

“Doktor syak bahagian 0tak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar.

“Mungkin pagi ini Azmi sibuk menguruskan anaknya, semoga ada keajaiban buat Afnan dan dia kembali sembuh seperti biasa,” kata Syahz.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *