“Berkenaan V0ice N0te Viral Mengenai Siti Sarah…,” – Shuib Perjelas Isu Tular Babitkan Isteri, Mohon Henti Kongsi

Suami kepada penyanyi Siti Sarah meminta ramai ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai keadaan isterinya yang didakwa sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Di dalam satu posting di Instagram, Shuib menjelaskan rakaman audio yang tular bukan keadaan terkini Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin.

“Berkenaan voice note yang viral mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari jumaat, 6 Ogos 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu rakaman audio terbabit mendedahkan keadaan penyanyi Manis itu yang didakwa sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya.

Menurut Shuib, keadaan isterinya itu masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.

“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *