Beza 25 tahun bukan halangan, pemuda bertemu jodoh dengan cikgu sendiri

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang.

Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar  letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya  bermula dari tahun 2016.

Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya.

Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.

Sumber: TikTok @Samballana_bistro78

 

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *