“Bukan Mudah Di Posisi Abah” – Heliza Helmi Kenang Perjuangan Muhyiddin Yasin!

Penyanyi Heliza Helmi meluahkan rasa sedihnya apabila mengenangkan jasa dan perjuangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menerusi posting di Instagramnya, Heliza menyifatkan bukan mudah bagi mana-mana pihak untuk berada di kedudukan Muhyiddin.

“Ya Allah sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi abah (Muhyiddin), perjuangan abah, peng0rbanan abah.

“Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk abah dan kami semua, rakyat Malaysia sebuah negara yang Engkau redai.

“Pandu kami Ya Allah,” katanya.

Pada posting berkenaan, Heliza turut memuat naik video berdurasi hampir 10 saat yang memaparkan beberapa imej Muhyiddin sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Menerusi ruang komen pula, rata-ratanya menyokong pendirian Heliza dan menganggap situasi c0v1d ketika ini sangat mencabar buat mana-mana pemimpin.

Sekadar info, Muhyiddin pada mesyuarat dengan Ahli Parlimen BERSATU pagi semalam menyatakan hasrat mahu meletakkan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini (Isnin).

Perkara itu disahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *