C0VID 19: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib P0hon Doa: “Keadaan Dia Tak Berapa Baik”

Pelawak Shuib Sepah mengesahkan isterinya, Siti Sarah kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tahap kesihatannya yang dijangkiti Covid-19 semakin merosot.

Kata Shuib, oksigen dalam badan Sarah masih tidak stabil dan dia memohon mendoakan kesihatan isterinya serta bayi dalam kandungan.

“Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.

“Saya mohon di hari baik,hari jumaat,doakan Sarah dan anak dalam kandungan, semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.semoga Allah merahmati kita semua,amin,” katanya.

Shuib berkongsi berita terkini mengenai perkembangan isterinya itu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Petang semalam, Shuib baru sahaja memaklumkan keadaan Sarah yang sedikit stabil.

Kelmarin, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Terdahulu, Sarah dan Shuib sekeluarga positif Covid-19 sejak 25 Julai selepas pembantu rumah mereka disahkan positif wabak maut tersebut.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin semalam, namun mengalami batuk dan sesak nafas sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans petang semalam.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *