Selepas penjelasan dari Ebit Lew, sekali Caprice cakap pasal penipu4n

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja termasuk penyanyi rap terkenal, Caprice akan disekat jika didapati wujud perkara kurang menyenangkan dalam setiap pautan atau kiriman di media sosial.

Pendakwah terkenal, Ebit Liew menjelaskan, tindakannya menyekat penyanyi lagu Koyak itu kerana ia bersangkut paut dengan arwah bapanya, Ibrahim Liew yang sedang nazak sebelum ini.

Ini ditambah pula dengan teguran Caprice terhadap Ebit Liew kerana menziarahi arwah bapanya yang sedang sakit ketika orang lain tidak berpeluang berjumpa keluarga sehingga ada yang meninggal dunia akibat jangkitan C0vid-19.

“Bila sampai dekat Kuala Lumpur dari Mesir, saya minta kebenaran Kementerian Kesihatan untuk melawat ayah saya. Bapa saya negatif, saya pun negatif. Dua kali saya buat ujian negatif dan saya dapat kebenaran. Saya juga perlu pakai pakaian perlindungan peribadi (PPE).

“Ayah saya bukan sakit, ayah saya nazak nak pergi dah. Kalau benda tu tidak sah, Kementerian pun tidak akan kongsi (kiriman saya di media sosial). Tapi kementerian siap kongsi dan doakan ayah saya sihat.

“Selain itu, saya kalau benda negatif saya sekat. Bukan sikit punya negatif. Biar saya bagi tahu, bapa saya tengah sakit, doktor kata tinggal 10 hari. Sepanjang dekat Gaza saya berdebar fikirkan pasal ayah saya tapi saya teruskan perjuangan saya di Gaza,” katanya dalam siaran langsung di Instagramnya hari ini.

Siaran tersebut mendapat jumlah tontonan lebih 300,000 sejak lebih sejak bersiaran sejak pukul 12 tengahari tadi.

Ebit Liew berkata demikian menjelaskan kirimannya di media sosial sebelum ini mengenai lawatan semasa menjenguk keadaan arwah bapanya yang mengundang rasa kurang senang Caprice sehingga mendorong penyanyi itu menegurnya di Whatsapp dengan mesej yang panjang.

Katanya lagi, tindakan Caprice yang memanjangkan dan mengadukan perkara tersebut kepada kerajaan mengundang kemarahan kerana menyebabkan Ebit Liew terpaksa disoal siasat.

“Dia forward benda itu kepada kerajaan Malaysia, saya pun dah kena tanya dan saya sedang disoal siasat. Saya sudah penat guna duit sendiri (membantu), saya tidak minta duit orang, cuma minta tolong dan alhamdulillah.

“Tetapi, tiba-tiba saya disoal siasat pula. Bila disiasat, bagi saya melampau dan sangat sedih. Tapi sebagai sahabat, Caprice boleh marah macam itu. Tetapi, luka hati saya. Saya pun manusia biasa. Saya ambil phone lontar ke tepi sebab saya sedih,” katanya.

Dalam pada itu Caprice memuat naik IG story mend4kwa Ebit Lew menipuvv dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguam

Hari ini endakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.

Berikut pula reaksi dari Caprice selepas Ebit Lew berjaya menjawab segala tvduhan yang di lontarkan beliau sebelum ini

“Bismillah.

“Salam, whoever have met me from JAIS, JAKIM, wakil rakyat, students, and places where i have shared my vision for the ummah. Sebagai individu, caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kene belajar tentang agama. However, I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam.

“Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana.

“Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Palestine? Selama kita berada di sini, Caprice masih rujuk kepada Ulama dan berape ustaz tentang perjalanan Caprice di sini dan Alhamdulillah, walaupon semua tegur cara caprice, tetap mintak Caprice teruskan dgn misi dan pejuang kita.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader sudah bagi tahu awal2 itu tempat perang ade risiko yang kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi Caprice sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, kita sudah rase bende tu.

“I will continue to fight for diplomacy, peace, and compassion for not just Palestine, but any corner of the World. I will defend anyone who are oppressed tak kisah bangsa dan agama.

“This has been the toughest journey in my road of hijrah and ibadah, i will continue until my last breath.

i”am sorry once again if you are hurt, i do not wish to continue this debate, i hope to only unite and achieve a collective goal of peace in Palestine. If i have to defend myself in court, i will do so with the guidance of Allah. Thank you.

“Salam

Caprice ‘trig.ger’ Ebit Lew tentang arwah bapa punca kena bl0ck IG – “Saya ambil telefon tu… saya lontar ke tepi”

ENGGAN diganggu aura negatif, personaliti dakwah Ebit Lew mengambil keputusan untuk menyekat akaun Instagram penyanyi rap Caprice.

Ebit menerusi Instagram live pada Khamis berkata tindakan itu terpaksa dibuat kerana beberapa perkara yang dilakukan Caprice disifatkan melampaui batas.

Terang Ebit, Caprice hanya mendedahkan mesej tegurannya berhubung pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza yang didakwa sekadar untuk publisiti media.

“Part pertama teguran tentang patung… tapi part kedua dia tak post. Dia tegur dia kata saya teruk kerana tak patut post kerana ramai orang Malaysia tak dapat ziarah ayah mereka semasa sakit.

“Ayah saya tak sakit, dia nazak. Dia tak bagi lawat ayah saya… sebagai kawan dan sahabat dia boleh marah macam tu dan lukakan hati saya.Pada Rabu Ebit Lew membuat laporan polis berhubung pelbagai dakwaan terhadapnya.
“Saya nampak tu, sebagai manusia biasa saya ambil telefon tu saya lontar ke tepi,” katanya pada Khamis.

Selain itu Ebit turut melahirkan rasa kecewa apabila mesej peribadi antara mereka didedahkan kepada umum tanpa kebenaran.

“Apabila dah sampai KL dia ada mesej saya… dia mesej panjang.

“Bagi saya mesej peribadi WhatsApp, DM (mesej langsung) adalah privacy, tak sepatutnya didedahkan kepada orang awam.

Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin EBIT LEW

“Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin,” katanya.

Menjawab isu yang dibangkitkan Caprice berhubung foto bersama kanak-kanak Gaza, Ebit berkata ia adalah perkara biasa dan apa yang penting mereka gembira.

“Saya ditanya kenapa saya malukan Malaysia? Rupa-rupanya gambar dua kali fasal mainan tu, Caprice dah viralkan… dia kata mengaibkan.

Caprice menuduh Ebit Lew menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.
“Kalau anda nak tahu, semua orang yang pergi sana ambil gambar dengan budak. Jadi tak ada masalah pun dengan gambar tu, dalam video saya semua budak-budak gembira,” ujarnya.

Pada Jumaat minggu lalu, Caprice membuat pendedahan dan meluahkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan Ebit yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.

Caprice turut membuat beberapa tuduhan dan merancang untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya terjadi di Gaza.

Bagaimanapun Ebit pada Rabu, membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan sesi Instagram live yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.


Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *