Catat Nama Pemenang Medal Di Sukan Olimpik, Gel4gat Anak Zarina Zainuddin Raih Perhatian Netizen

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi gelagat anaknya Mohammad Raizal Azrai yang menjadi peminat sukan 0limpik edisi Tokyo 2020.

Menurut Zarina, anaknya Azal akan mencatat nama-nama atlet yang berjaya merangkul pingat pada temasya sukan bertaraf dunia itu.

“Azal siap catit kan nama pemenang 0limpik,” tulis Zarina di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video berdurasi 29 saat itu, Zarina spontan menyoal Azal siapakah atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)


Azal kemudian terus merujuk pada catatannya dan menjawab pertanyaan ibunya dengan lancar.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji semangat Azal dan menyifatkan anak istimewa itu sebagai bijaksana.

Bijaknya Azal! Bila tengok gelagat Azal, teringat anak murid saya darjah 3 yang istimewa juga. Jenis suka baca buku, pegang buku,” tulis seorang wargamaya.

“Good job abang Azal, proud of you,” puji seorang wargamaya.

Terbaik Azal, acik pun tak buat macam tu,” kata seorang wargamaya.

Masyallah anak syurga ni, cerdik dan menghiburkan,” ujar seorang wargamaya.

Uii dasyat Azal, betul-betul ikut perkembangan semasa. Kipidap Azal,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehinga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 110,000 tontonan daripada pengikutnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *