Darling Ngasri Kongsi Foto Dengan Azlee, Imbau Memori Lama Dengan Senario – “Live Depan Penonton, Debor Juga Dibuatnya.”

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit, Darling Ngasri bersama bersama pelawak terkenal, Azlee dari kumpulan Senario terbabit dalam satu projek drama.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Senario di dalam sebuah penggambaran lain sebelum ini.

Adik kepada pelakon Bell Ngasri pada masa sama menyifatkan momen bersama Senario merupakan kenangan terindah dan tidak mungkin dapat dilupakan.

“Dulu2 hampir setiap tahun shoot senario di Alam Sentral, mcm2 watak…jadi anak lah, jiran lah, isteri lah. Kenangan yg x mungkin dilupakan bersama director kami Arw4h Abg Zul Said (Al Fatihah buat arw4h) rindu juga geng2 senario lain.

“Live depan penonton, debor juga dibuatnya haha. Nice to meet and work again after sooo long. Semoga abg2 ku sihat sejahtera hendaknya.

“Posted @withregram • @azleesenario Alhamdulillah Syukur Allah. Dapat kita berkarya semula. Untuk menyara keluargac Aamiin. semoga Allah permudahkan.

“Terimakasih Producer Darling NS Star Production. Berkongsi rezeki. #MisiSeramedi #NSStarProduction #Allahsayangkita,” tulisnya yang ‘repost’ kembali perkongsian yang dibuat Azlee.

Sekadar informasi, kumpulan Senario mula ditubuhkan pada tahun 1996 dan pernah mencipta fenomena industri hiburan tanah air.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Media Hiburan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *