“Degil Sangat Makan Pedas, Pedih Perut Tak Boleh Tahan” – Vicha Masuk Wad

Pelawak dan pelakon, Vicha memaklumkan dirinya kini dirawat disebuah hospital akibat gastrik.

Perkongsian itu dibuat Vicha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Vicha, dia mengalami gejala pedih perut selepas memakan makanan yang pedas.

“Nah kan degil sangat makan pedas terus tanggunglah sendiri akibatnya admit sebab gastrik… Dah seminggu ni pedih perut yang teramat sangat sampai tak boleh tahan dah minum ubat gastrik pun tak jalan.

“Jadi doktor cakap kena admit and chek takut ada apa-apa dan ya lepas semalam buat scoop, cek darah dan lain-lain, memang gastrik,” tulisnya.

Selain gastrik, Vicha juga memberitahu dia kekurangan darah merah dan menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan diri.

“Doktor pun dapatkan yang saya kurang darah merah, hmm patutlah selalu pening kepala jadi kawan-kawan jaga diri korang tau,

“Kita tak pernah tahu bila-bila masa je kita boleh sakit, berbagai penyakit ni ada di sekeliling kita jadi korang kena hati-hati ya. Love you all, doakan saya ya cepat pulih kembali. Amin,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Vicha.

Selain pengikut, rakan artis juga turut memberikan semangat dan berharap Vicha kembali pulih seperti sedia kala.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *