Dipanggil Sund*l, Anak Anj*ng Gara-Gara Post Video PM Sakit Kanser, Linda Rafar Buat Laporan P0lis!

Gara-gara memuat naik sepotong video tribut kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bergelut dengan kanser, akaun Instagram pelakon Linda Rafar diserang netizen bi4dab.

Selain menulis komen-komen menjengkelkan di hantaran video berkenaan, Linda turut menerima kiriman mesej kecaman dan dicemuh dengan perkataan kasar seperti betin* sund*l, anak b*b* dan anak anj*ng.

Bagi memberikan pengajaran kepada pelaku, Linda tampil membuat laporan p0lis di Balai P0lis Shah Alam bagi menyiasat lebih lanjut perkara terbabit.

“Undang-undang negara tetap ada.. jangan ingat dengan cara sebar f1tnah terang-terang di Twitter, Facebook, Instagram anda semua terlepas ye!!!!!

“Walaupun anda guna akaun palsu atau sunting gambar sebarkan jangan fikir awak semua terlepas hukum dunia!!! Just wait and see.. Allah maha melihat… takbir Allahuakbar!!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!” tulis Linda.

Amaran Linda lagi, orang ramai terutama pengguna media sosial tidak seharusnya memperlekehkan undang-undang negara dan jangan menyebar fitnah berkenaan dirinya atau Muhyiddin.

“Jangan main-main dengan undang-undang negara. Kepada semua netizen yang sebarkan fitnah terhadap Linda dan PM Muhyiddin Yassin di laman sosial Twitter, Facebook dan Instagram (walaupun anda sudah padamkan dan cuba sekat akaun saya), peguam saya sudah mengumpul bukti. Jangan ingat boleh lari,” tegasnya.

Situasi Linda itu mendapat reaksi peminat dan rakan selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap tindakannya.

“Makin kurang ajarkan, tak ada segan silu dah nak PM macam tak ada mak atau adik perempuan! I selalu juga kena I delete,l block, malas fikir,” kata Salina Saibi.

“Allahuakbar! Dimanakah perginya perasaan hormat terhadap manusia lain dan wanita. Semoga diberikan petunjuk dan hidayah Allah. Simpati atas apa yang berlaku kepada Linda,” tambah Anuar Zain.

“Ya Allah. Biadab sungguh ek! Apa nak jadilah dengan manusia dan budak-budak zaman sekarang ni?” sahut Datin Elvina Mohamad.

“Siapa mak bapak dia agaknya ya, kasihan dorang dapat anak macam ni. Kalau anak aku dah lama kena ganyang mulut tu,” tambah Didie Alias.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *