Dis4hkan P0sitif C0vid-19 & Kadar 0xygen Menurun Ke 75%, Sharifah Zarina Pohon Doa Buat Penyanyi Fazli Zainal

Penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi khabar duka selepas memaklumkan rakan artis yang juga merupakan penyanyi, Fazli Zainal kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif C0vid-19.

Menurut Zarina, keadaan Fazli kini dikhabarkan berada ditahap yang membimbangkan setelah kadar 0ksigen di dalam tubuhnya dilaporkan telah menurun kepada 75% hari ini.

“Mohon doa kalian buat sahabat artis, Fazli Zainal. Beliau telah dibawa KKM ke Hospital Ampang.

“0xygen level dah drop ke 75 dan perlukan bantuan oxygen. Ya Allah sesungguhnya engkaulah yang maha menyembuhkan,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Langit Ke Tujuh itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Zarina turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan sahabatnya itu agar kesihatannya kembali stabil seperti sedia kala.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fazli.

“Allahuakbar. Ya Allah kau berikanlah syifa buat sahabat kami. Please stay strong.

“Semoga diberikan kesembuhan padanya. Semoga Allah mendengar semua doa-doa kita.

“Speechless. Semoga cepat sembuh.

“Moga Allah berikan kesembuhan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Fazli difahamkan telah menjalani ujian calitan pada Jumaat sebelum disahkan positif Covid-19, pada Sabtu.

 

Sumber: Instagram Sharifah Zarina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *