“Doktor Kata Banyakkan Buat Position Sujud & Doa.,” – Bayi Dlam Di Posisi S0ngsang, Tasha Manshahar ‘Update’ Situasi Ham1l

Penyanyi, Tasha Manshahar berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kandungannya selapas mengadakan pemeriksaan bulanan bersama pihak doktor.

Menurut Tasha, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana kandungannya itu dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik.

Katanya lagi, saiz bayi juga difahamkan agak sedikit kecil jika ingin dibandingkan ketika dia mengandungkan anak sulungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar


“Alhamdulillah settle monthly checkup. Alhamdulillah kalini saiz baby tak sebesar masa scan Muammar dulu. Air ketu.ban pun normal (dulu terlebih. berenang-renang kawan dekat dalam perut),” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Tasha memaklumkan dia diminta untuk memperbanyakkan melakukan aktiviti regangan memandangkan keadaan bayi di dalam kandungannya itu difahamkan masih lagi berasa di posisi song.sang.

“Gula pun okay. HB pun cantik. Syukur Alhamdulillah. Cuma tu lah, baby breech lagi. Doktor kata jumpa lagi tiga minggu. Hopefully by that time baby dah pusing.

“Doktor kata banyakkan buat position sujud tu and doa. Siapa ada tips pusingkan baby yang breech (song.sang) lagi please share tauuu,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Tasha dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Banyakkan bercakap dengan baby. InsyaAllah pusing lagi tu sebab haritu saya pun macam tu. Sebelum tidur pujuk dia cakap dengan baby.

“Tips sama dengan doktor tu. Position sujud tu memang membantu. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan ber.salin kali ini.

“Syukur alhamdulilah. Semoga terus sihat mommy dan baby. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Sy awal2 dpt thu pregnant, da niat sungguh2 utk dpt normal. Sebb no 1 czer. Alhamdulilah berkat bergerak aktif, solat mcm biasa, sujud lama dan solat hajat. Pastu, hri2 minta suami doakan isteri dia. Alhamdulilah Allah bg mudah bersalin no 2 ni.”- warganet

“Sy pengalaman 2 tahun lepas. Just cool n positive ja. Langsung tak s4kit, sebb nt diorg masukkan ubat utk lembutkan ra.him. Xkan rasa pun masa diorg buat. Tau2 siap. 2 mnggu pastu ber.salin 😄”- Netizen 

“Sujud memang membantu😍 & always talk to your baby inshAllah dipermudahkan segalanya”- Netizen  

“Saya dulu mula² baby dah kat position yg betul. Tiba² lagi sebulan nak ber.salin dia boleh breech pulak 😅 Doctor pesan sujud lama², doa mintak baby balik ke position yg betul. And selalu cakap dgn baby pujuk dia. Alhamdulillah next checkup lepastu baby dah pusing kat position yg betul ❤️ all the tasha ! Semoga dipermudahkan urusan baby & mommy 🤗”- Warganet

Sekadar informasi, Tasha dan Raqib telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Muammar Rafiqi yang kini baru berusia dua tahun.

Sumber: Media Hiburan via Instagram Tasha Manshahar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *