Gadis Pura-Pura Ambil Anak Ayam, Reaksi Ibu Ayam Pula Bikin Berdek4h

Bagi mereka yang membesar di kawasan kampung, mesti anda pernah mempunyai pengalaman bermain dengan ayam yang dilepaskan di kampung. Sama macam yang dikongsikan tentang gelagat seorang gadis ini yang cuba bermain dengan anak ayam di tempatnya ini.

Namun berlaku satu kejadian yang melucukan sehinggakan rata-rata netizen turut sama berdekah melihatnya. Video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih tiga juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia cuba mengambil anak ayam yang sedang berjalan-jalan bersama ibunya itu. Dia kemudian mengikuti anak ayam itu dan mencuba beberapa kali untuk mengambilnya.Namun cubaannya itu tidak berjaya memandangkan anak ayam itu berjaya melarikan diri dengan pantas. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya ibu ayam mula membalas dendam apabila gadis itu dilihat tidak berputus asa mahu mengambil anaknya itu.

anak ayam

 

Ibu ayam itu kemudian berlari mengejar gadis itu sekaligus membuatkan gadis itu terkejut dan segera menyelamatkan diri. Malah pada penghujung video, gadis itu dilihat hampir saja terjatuh gara-gara dikejar ibu ayam itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi pantas dari ibu ayam itu. Ada juga yang turut sama dapat relate dengan situasi itu kerana pernah melakukan perkara yang sama pada ayam di kampung mereka.

“Penculikan anak ayam.”

gadis pura-pura

“Mak ayam: Aku dah lama sabar ni.”

ayam

“Dia yang dikejar aku yang takut kena patuk…”

komen

“Aku pernah kena kejar ke ayam sebab nak cvri anak dia dah lah pakai kasut tinggi mak aku.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *