Gara-Gara Tidak Memakai Pelitup Muka, Gelandangan Ini Dikompaun RM2,000 Oleh Pihak Polis

Sejak pandemik menyerang, dapat dilihat kerajaan mengambil langkah untuk menjalankan beberapa SOP dan penguatkuasaan bagi menghalang penularan wabak COVID-19. Antara usaha yang dilakukan adalah kompaun kepada pihak yang gagal mematuhi SOP dengan tepat.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @elfucir yang berkongsi sebuah video di mana gelandangan di sebuah tempat di Malaysia yang dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 gara-gara tidak memakai pelitup muka di lokasi tempat tidur mereka.

Video Player

Lebih mengejutkan, terdapat gelandangan yang dikompaun ini tidak mempunyai wang untuk membeli sebuah tilam sebagai alas sebaliknya sekadar tidur di atas kotak.

Sehubungan dengan itu, para netizen seolah tidak bersetuju dengan kompaun yang dikenakan terhadap golongan ini. Para netizen berpendapat, sekiranya gelandangan ini berjaya menjelaskan kompaun sebanyak RM2,000 yang dikenakan, sudah pastinya mereka ini tidak menjadi gelandangan.

Difahamkan lokasi kejadian ini berlaku di Pudu, Kuala Lumpur di mana tempat tersebut sememangnya kerap menjadi pilihan gelandangan untuk tidur secara beramai-ramai.

Tular pada minggu ini apabila Ebit Lew tampil menjawab 10 dakwaan yang dibuat Caprice dan Nadir Al-Nuri secara live sekaligus menerima pelbagai respon netizen.

Sumber : vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *