
Asif, pelakon rancangan Youtube popular Drama Spontan yang diterbitkan oleh youtuber dan pengarah filem Syahmi Sazli memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana semua orang tahu bagaimana pemuda itu sering menimbulkan geli hati dengan telatah lucunya.
Apa yang paling mencuit hati tentang Asif adalah dia sering kelihatan tenang walaupun tidak pasti apa yang dia perlu lakukan, seperti yang sering dapat disaksikan dalam lakonannya.
Malah baru-baru ini juga, telatahnya itu sekali lagi membuat ramai pecah perut apabila dia akhirnya perlu dipegang rakan-rakan ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin di PPV.
Dalam video yang dikongsikan semula ke Twitter, Asif yang turut ditemani Syahmi dilihat sedang bersedia untuk menerima suntikan vaks1n.
Buat hal la abe hasih ni🤣 pic.twitter.com/cztRcn74AL
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) August 11, 2021
Beberapa orang nurse yang membantunya cuba meyakinkan Asif bahawa suntikan berkenaan tidak sakit dan dia tidak perlu takut, sementara Asif juga kelihatan tenang dan membiarkan jururawat membuat kerja.
Tetapi ternyata ketenangan itu tidak bertahan lama apabila remaja itu mula panik sehingga terpaksa dipegang oleh beberapa lelaki agar jururawat boleh memberikannya suntikan.
Hasil kerjasama orang ramai, Asif akhirnya berjaya disuntik vaksin dan dia sendiri terkejut suntikan itu tidak sakit sementara orang lain bersorak untuknya.
“buat hal da semua kene pegang…”
😂 buat hal da semua kene pegang😂 https://t.co/XjqA7ZL38O
— Sopheaa (@atynfluffyy) August 11, 2021
” lepastu muka blur blur…”
the fact that dia takut jarum but still managed to come. lepastu muka blur blur 🤣 https://t.co/J9CP9n31ga
— Fleur Édelie 🏴 (@yyunirahman) August 12, 2021
“Terima kasih kerana jadi rakyat yang bertanggungjawab…”
I tetap puji! Well done adik 😍 thank you for being such a responsible citizen. Jangan lupa second dose! https://t.co/tj7oaDxpe6
— 🍑 (@xx_habibae) August 12, 2021
Dekah siak https://t.co/x2FGoxkPIS
— Benney Anggara (@BennMargera) August 11, 2021
“mcm lembu kat raya korban…”
Hahahaha mcm lembu kat raya korban orang dok restrain hahahaha https://t.co/iV0U24CfYi
— anti-cardiolipin 忍 (@AripHamdi) August 11, 2021
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah ini.
Sumber : HCL