“Harini Ada Jawapan Kenapa Zizan Tak kawin Lagi” – Zizan Razak Jawab Video Gadis Lembut Vir4l

Zizan Razak merupakan seorang pelawak yang serba boleh kerana bukan sahaja pandai menghiburkan orang ramai, malah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang “berpengaruh”.

Instagramnya sahaja sudah hampir mencecah 8 juta pengikut menjadikan dia selebriti tanah air yang ketiga paling ramai pengikut di Instagram selepas Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun usianya yang kini mencecah 37 tahun membuatkan dia turut tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh. Walaupun pernah bercinta beberapa kali sebelum ini dengan beberapa selebriti, namun jodohnya mungkin belum lagi tiba.

Baru-baru ini, sebuah video mengenai peminat Zizan Razak menjadi viral di aplikasi TikTok gara-gara meminati pelakon Polis Evo itu dan dia mengatakan Zizan Razak belum berkahwin kerana menunggu dirinya.

Jesteru, video santai itu membuatkan ramai tertarik dan mengharapkan Zizan Razak perasan mengenai gadis berkenaan. Ternyata ia sampai ke pengetahuan pelakon popular itu dan memuat naik semula video TikTok itu di ruangan Instagramnya.

“Harini ada jawapan kenapa Zizan tak kahwin lagi??? apa kata anda??,” tulis Zizan Razak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

Sudah pasti peminat Zizan pun sudah tak sabar menunggu siapakah bakal jodoh Zizan namun jodoh itu adalah ketentuan ilahi. Harap-harap Zizan dipertemukan jodohnya tak lama lagi, sama-sama kita doakan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Info kita

 

Sumber : TehTarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *