“Harus diraikan kepada bakat-bakat baharu” – Zizan Razak Jelaskan Kenapa Dia Tarik Diri Dari ABPBH34

Pelakon, pelawak dan penyanyi Zizan Razak mengumumkan penarikan diri dari anugerah pengiktirafan populariti, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34).

Kata Zizan, penarikan diri itu bagi memberikan peluang kepada bakat baharu yang bertanding untuk menempatkan diri dalam persada seni tempatan.

“Anugerah Bintang Popular (ABP) antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.

“Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis!

“Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34.

“Zizan percaya ABP kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur,” katanya.

Justeru, Zizan turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan peminat terhadapnya selama ini selain mendoakan kejayaan calon yang bertanding tahun ini.

“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan. Dan terutama peminat yang mengundi sepanjang penganjurannya. Zizan akan terus menyokong ABP dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon!” tambahnya.

Sepanjang bergelar anak seni, Zizan pernah memenangi beberapa kategori dalam ABPBH, antaranya Pelawak Lelaki Paling Popular pada tahun 2010, Hos TV Lelaki Popular (2011), Gandingan Di Layar Serasi Popular dan Artis Berpengaruh di Laman Media Popular (2013).

Pada ABPBH34, Zizan tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak via ig zizan 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *