“Harus Menjaga Maruah…”-Mohon Maaf Kisah Percintaan Viral, Iqbal Putus Asa Kahwin Vida? – Ini Sebabnya

Usahawan muda, Iqbal Zulkefli memaklumkan dia tidak akan lagi mem4ksa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mendirikan rumah tangga dengannya.

Kata Iqbal keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

“Saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan DSV. Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu.

“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga marvah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” katanya.

Iqbal menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Pun begitu, Iqbal yang juga bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu sekali lagi mengingatkan kisah percintaannya bukan tujuan marketing.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya beritahu DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu naikkan sales syarikatnya.

Bagaimana pun, Iqbal memberitahu dia masih menyayangi Vida dan reda jika mereka tiada jodoh.

“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tiada jodoh. Saya fikir ini bukan terlalu awal saya mengalah. Setiap waktu saya serius katakana bahawa saya mahu berkahwin.

“Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.

“Saya risau disaat saya sakit dan jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” luahnya lagi.

Kisah hubungan cinta Iqbal dan Vida hangat diperkatakan sejak kurang sebulan lalu namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *