“InsyaAllah Bekalan Al4m Kubvr Daddy & Mommy,” – Anaqi Mula Rajin Ikut Solat, Amar Baharin Doa Moga Anak Jadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti mahu memberikan didikan terbaik buat anak-anak dengab harapan si kecil bakal menjadi insan yang berjaya serta taat kepada agama.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, pelakon Amar Baharin ada berkongsi cerita mengenai anak pertamanya, Aqeef Anaqi.

Kongsi Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, Anaqi yang baru mencecah usia 4 tahun kini mulai rajin mengikuti solat.

Lalu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini titip doa moga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah.

“Anak soleh Daddy @aqeefanaqi ni rajin nak ikut solat kat rumah nenek dia. Insyaallah bekalan utk alam kubur Daddy n Mommy nanti. Ya Allah jadikan anak2 kami anak yang soleh dan solehah dan jadi penghafal Al-Quran amin,” tulisnya pada ruangan komen.

Sekadar informasi, pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arysaa, setahun.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Media Hiburan 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *