Isu RM20 Juta, Nadir Minta Semua Rileks! – “Kita NGO Ada Hitam Putih, Cuma Sehari Dua Ni…”

Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri tampil memberi reaksi mengenai kenyataan dilemparkan terhadapnya oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menurut Nadir, dia meminta orang ramai supaya tenang dengan situasi yang berlaku.

Jelasnya, segala urusan kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semuanya mempunyai perjanjian dan dokumen sah.

“Rilex guys, saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih. Tiada problemlah,” katanya menerusi saluran Telegram malam semalam.

Tambahnya, dia memohon orang ramai memberi sedikit masa untuk dia menyelesaikan projek tertentu terlebih dahulu.

“Cuma sehari dua ni nak kena settle projek korban ni dahulu,” katanya.

Nadir berkata demikian bagi menjawab kenyataan Ebit yang mempersoalkan ke mana pergi duit RM20 juta yang didermakan rakyat Malaysia untuk sumbangan di Gaza setiap tahun.

Selain mahu Nadir tampil membuktikan mengenai RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia dalam usaha membantu rakyat negara yang bergolak itu, Ebit juga menegaskan tidak tahu mengenai syarikat Hala seperti yang didakwa.

Nadir dikatakan menuduh Ebit membayar harga yang tinggi kepada syarikat Hala untuk masuk ke Gaza sehingga menyukarkan NGO atau organisasi lain di seluruh dunia untuk berada di negara itu pada masa hadapan.

BACA: Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri – “Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?”

Sekadar info, semalam Ebit melakukan siaran langsung bagi menjawab segala persoalan dibangkitkan Nadir dan juga penyanyi rap, Caprice.

Dengan penjelasan tersebut, Ebit berharap agar beliau dapat menjawab persoalan bersifat fitnah kepadanya apabila ramai yang mendakwa dirinya penunggang agama dan memakan duit haram.

Disaksikan lebih 200, 000 yang menonton live, Ebit bagaimanapun dengan tenang mengatakan sudah memaafkan semua pihak yang memfitnah dan salah faham terhadapnya.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *