Izara Aishah Sedia Padam Media Sosial Jika Har4m

Kini sudah berhijrah dan tampil menutup aurat, pelakon Izara Aishah berkata dia bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya h4ram.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Izara berkata dia juga bersedia memadam kesemua foto dan akaun media sosialnya jika ada hvkum mengenai perkara itu disebut dalam Al-Quran.

BACA: “Doakan Saya, Kongsi Mana Saya Boleh Beli Tudung Labuh”

Bagaimanapun, selepas mendapat jawapan daripada seorang ustazah, Izara berkata tindakan memuat naik foto di media sosial tidak h4ram namun haruslah berpada-pada.

“Saya merasakan ini terlalu ekstrim. Tetapi kalau ada dalam Al-Quran, Insya-Allah saya akan berhenti (berkongsi foto) kerana saya sudah lama tidak mengambil peduli akan media sosial,” tulisnya.

Sebelum ini, Izara berkata dia ditegur kerana berkongsikan foto terbarunya di media sosial yang dikatakan hukumnya adalah haram.

Perkongsian Izara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan terima kasih kerana berkongsi ilmu mengenai hukum memuat naik foto di media sosial.

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *