Izara Aishah Tampil Bertudung Labuh, Padam Foto Lama, Netizen Doa – “Dah Bertudung Ke? Alhamdulillah”

Pelakon, Izara Aishah menjadi perhatian netizen apabila tampil bertudung labuh di akaun Instagram miliknya hari ini.

Izara bagaimanapun telah menutup ruangan komen di hantaran terbaharunya itu.

Bukan itu sahaja, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin juga telah memadamkan foto-foto lama yang tidak bertudung.

Dalam pada itu, netizen juga sudah mula membuat andaian sekiranya pelakon cantik ini sedang membuat perubahan diri ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.

Mereka juga turut mendoakan agar Izara istiqomah dengan penampilan baharu itu sekiranya ia benar.

Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Irisa Alaia.

Jangan lupa ikuti kisah-kisah menarik yang tersedia di bawah seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *