“Jgn Memandai..” Nadir Terus Beri Penerangan dan Perbezaan Guna Pengangkutan HaIa dan MiIes of SmiIes

KEMELvT mengenai misi kemanusiaan pendakwah Ebit Lew ke G4.za bagaikan tidak berkesudahan biarpun dia sudah tampil memohon maaf pada Jumaat.

Ebit sebelum itu tampil menerusi siaran langsung dan menjelaskan bahawa dia masuk ke G4.za dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Lvcky Tours.

Penjelasan Ebit itu sekali gus dilihat men4fikan d4kwaan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4.za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini yang menyatakan Ebit masuk ke G4.za menggunakan sebuah syarikat bernama H4la yang perlu dibayar dengan harga mahal sehingga menjejaskan pertvbuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Pada Sabtu, Nadir tampil memberi penjelasan mengenai perbezaan antara syarikat H4la dengan Miles of Smiles yang pernah disebutnya sebelum ini yang mana menurut Nadir, 4ala dan Lucky Tours adalah syarikat yang sama.

“Yang pertama sekali yang ditanyakan kepada kita, adakah betul bila mana ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masuk melalui syarikat Lucky Tours lebih baik berbanding Miles of Smiles?” soalnya.

Menurut Nadir, bumi G4.za bukanlah sebuah destinasi pelancongan.

Malah katanya, tidak wujud persaingan harga antara agensi pelancongan dalam membawa mana-mana individu mahupun NGO ke bumi bergolak itu.

“Bila mana kita sebut bukan tempat pelancongan, maksudnya ia bukanlah tempat yang kita boleh dapatkan banyak syarikat pelancongan yang bers4ing untuk bagi masuk ke dalam bumi G4.za. Siapa yang paling mvrah, kita akan ambil… tidak.

1227561

Menurut Nadir, syarikat H4la merupakan satu entiti bisnes berbeza dengan Miles of Smiles.

“Bumi ini adalah bumi k0nflik, bumi penuh keberkatan, bumi yang susah untuk masuk. Dalam banyak-banyak tempat yang susah nak masuk, ia tak sesusah nak masuk ke bumi G4.za ini.

Sebab itu kita sebutkan bahawa syarikat yang ada untuk menguruskan orang masuk ke G4.za, saya sebut syarikat perniagaan hanyalah satu syarikat sahaja yang nama rasminya dikenali sebagai Lucky Tours.

“Dan nama tidak rasminya atau nama yang orang tempatan kenal, orang Gaza kenal, yang semua orang di Gaza ini tahu berada di bawah pihak intelligence di Mesir, yang mana ketua atau timbalan ketua kepada intelligence di Mesir ini ialah anak kepada Presiden, Jeneral Al-Sisi, dia yang memiliki syarikat ini, syarikat Hala ini, ataupun syarikat Lucky Tours ini.

Miles of Smiles ini adalah sebuah NGO dan Lucky Tours atau Hala ini sebuah entiti bisnes.

NADIR AL-NURI

“Bagilah nama nak bagi apa pun, ia ialah satu syarikat sahaja. Bukannya banyak syarikat, dengan nama berbeza-beza yang kita boleh banding harga dan sebagainya,” kata Nadir menerusi sesi Townhall Cinta G4.za Malaysia yang disiarkan di Facebook.

Ujarnya, syarikat itu dibangunkan sebagai alternatif untuk rakyat tempatan masuk secara mudah dengan cara membayar bagi melakukan perjalanan ke G4.za.

Malah kata Nadir, Lvcky Tours yang disebut Ebit merupakan satu entiti bisnes, berbeza dengan Miles of Smiles yang merupakan sebuah koalisi NGO.

Kata Nadir lagi, wang AS$10,000 yang perlu dibayar kepada Miles of Smiles bukan bertujuan untuk memudahkan perjalanan ke G4.za, sebaliknya wang itu disalurkan kepada penduduk P4.lestin sendiri.

“Hala ataupun Lucky Tours untuk orang tempatan yang nak masuk dari bumi G4.za, dari Mesir dia kena bayar AS$600. Ataupun dia nak keluar dari bumi G4.za, kena bayar AS$600. Dia nak masuk dari Kaherah ke G4.za semula, dia kena bayar lagi AS$600. Itu orang tempatan. Jadi AS$1,200.

1227748

Kunjungan Ebit ke G4.za menjadi perdebatan ramai sejak beberapa hari lalu.

“Untuk orang luar yang disebutkan sebahagian NGO yang masuk dengan Lvcky Tours atau Hala ini, mereka perlu bayar AS$2,500. Dan disebutkan pula Miles of Smiles kena bayar AS$10,000.

Jadi buat apa pergi dengan yang mahal sedangkan boleh pergi dengan yang murah?

“Jawapannya sangat-sangat senang sahaja, kita kena tahu beza Miles of Smiles dengan Lucky Tours atau Hala ini iaitu Miles of Smiles ini adalah sebuah NGO dan Lucky Tours atau Hala ini sebuah entiti bisnes.

“Maksudnya bila kalian bayar ke Miles of Smiles AS$10,000 itu bukannya untuk pengangkutan, bukannya untuk masuk diiringi, bukan untuk mudahkan perjalanan tetapi jumlah itu adalah wang komitmen yang kita bayar untuk tunjuk kita komited masuk ke Gaza bagi memberi bantuan.

“Wang itu bukan untuk Miles of Smiles tapi akan digunakan untuk penduduk P4.lestin,” jelasnya panjang lebar.

Malah kata Nadir, ada pihak yang menunjukkan komitmen tinggi turut diberi kelonggaran dan tidak perlu membayar wang AS$10,000 kepada Miles of Smiles.

Jelasnya lagi, kemasukan ke bumi G4.za melalui Miles of Smiles bukanlah satu perkara asing buat NGO yang sudah terbiasa ke sana.

“Itu beza antara Hala atau Lucky Tours dan juga Miles of Smiles. Kalau kalian rasa kalian nak bayar AS$2,500 untuk masuk dan manfaatnya dapat kepada pemilik bisnes Lucky Tours, duit itu hangus begitu sahaja.

“Sekiranya duit itu duit kalian sendiri, gunakanlah di mana sahaja kalian nak guna. Tapi kalau ia duit sumbangan, duit NGO, atau kalian nak jadi penyvmbang atau penggerak NGO yang lebih bijak, maka bolehlah guna Miles of Smiles.

“Itu lebih utama. Letak AS$10,000 pasti ia dapat digunakan untuk penduduk P4.lestin. Pertimbangkan sendiri mana lebih bagus dan berkesan,” ujarnya.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Info kita

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *