“Kau Bukan Level Aku” – Lelaki Ini Dikec4m Ramai Lepas Rakam Video Rumah Kayu Wanita Yang Menyukainya

Berasal daripada keluarga yang kaya atau berada tidak memberi anda tiket untuk menghin4 atau mengvtuk orang sus4h. Bagi min, tak ada beza pun kaya atau miskin, yang penting, kita kena baik hati dengan semua orang. 

Namun, seorang lelaki di Tiktok ini pula telah mengvtuk gadis yang dikatakan menyukainya hanya sebab gadis itu bukanlah orang kaya seperti dirinya, lapor BeritaHits.Id. Difahamkan, lelaki tersebut telah memuat naik video rakaman sebuah rumah kayu yang dipercayai rumah gadis terbabit di platform media sosial itu baru-baru ini.

Video tersebut yang berasal dari Indonesia itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen negara terbabit. Dalam video itu, dapat dilihat yang pemuda berkenaan merakam video rumah itu sebab katanya dia kebetulan lalu di kawasan itu.

Dia juga mengatakan dalam video itu bahawa gadis itu tidak setanding dengan dirinya sebab dia sering menaiki kapal terbang dan pakaiannya juga mahal-mahal. Pemuda ini juga meminta maaf sebab gadis itu bukan levelnya.

Rata-rata netizen Indonesia telah mengec4m tindakan lelaki itu memuat naik video yang dilihat seperti menghin4 orang yang tidak sekaya dirinya. Ada yang kata tak ada masalahnya kalau miskin pun, yang penting tak sombong.

Selain itu, ada juga yang mengingatkan lelaki itu bahawa harta dan rezeki yang kita ada ini adalah untuk dikongsi sesama manusia, bukannya untuk menunjuk-nunjuk.

Apa pendapat korang tentang perkara ini? Cuma kita kena ingat, hidup ni bagaikan roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang kita di bawah. 

Sumber: BeritaHits.Id

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *