Kaut Untung Atas Kem4tian Orang? Netizen D4kwa Vida Tak Sens1tif Promosi Produk Makanan Guna Nama Siti Sarah

Selepas YouTuber Aisar Khaled dikec4m hebat netizen, usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida pula terkena tempias.Menerusi sepotong video Vida mengenang semula usahasama produk makanan yang terkandas di tengah jalan bersama Siti Sarah, netizen anggap tindakan itu atas dasar cuba menumpang simpati untuk meraih untung.”Hampa ni kena check doktor, otak tercabut ke? Saya terpaksa senyapkan video tersebut kerana kamu tidak memahami sensitiviti.

“Cubalah situasi itu berlaku kepada kamu, orang mengaut untung atas kematian kamu. Logik, kubur tengah merah. Baru je tanam. Boleh tak tunggu sekejap sebelum nak promosi produk?” tulis seorang pengguna di Twitter.

Dalam video yang diambil dari Instagram Stories Vida, pelantun lagu I Am Me itu dilihat sedang menjamah produk makanan tersebut sambil bersedih.

Namun, pada penghujung video, Vida mempromosikan produk itu selain meletakkan video Sarah sebagai testimonial sedang mencuba produk yang sama.

“Empat lima bulan lepas Allahyarhamah Siti Sarah berjumpa saya, nyatakan hasrat untuk keluarkan satu produk makanan.

“Dengan usaha sama maka terhasillah Unagi Fish COD ni. Namun, tergantung dan tersangkut oleh sebab PKP dan sebagainya. Tambahan pula Sarah sedang mengandung.

“Allah, ini hasrat dan impian beliau, saya rasa tersangkut dengan impian dan hasrat arwah.

“Ini produk makanan pilihan beliau. Beliau sangat komited dan bersungguh untuk jayakan semua ni. Sangat sedap, rangup, pedas manis, high taste, pilihan yang tepat. Namun, Allah lebih menyayangi beliau,” tulis Vida.

Dalam pada itu, Vida turut berkongsi curahan hatinya terhadap kehilangan Siti Sarah.

“Saya rasa terkilan dengan Sarah, sempat jumpa beberapa bulan lepas, banyak yang kami dah plan.

“Arwah begitu teruja tak sabar nak sama-sama dengan saya berbisnes. Masa tu dia ngandung nak masuk empat bulan kalau tak silap,” kata Vida.


Allahyarhamah Sarah menghembvskan n4fas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) ak1bat c0v1d-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat c0v1d-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarh4mah men1nggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *