Ker4jaan Negeri & Syarikat Persendirian Boleh Mendapatkan Terus Bekalan Vaksin Sinovac Daripada Pharmaniaga

Kerajaan negeri dan syarikat persendirian kini boleh mendapatkan terus bekalan Sinovac daripada pengedar tunggal vaks1n tersebut di Malaysia, Pharmaniaga Berhad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat farmaseutikal itu bakal membekalkan tambahan 14 juta vaks1n tersebut yang proses ‘fill and finish’ akan dilakukan di negara ini.

Menurutnya, tempahan itu dibuka selepas diluluskan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin C0vid-19 (JKJAV) berikutan permohonan banyak pihak terhadap vaksin berkenaan.

“Permohonan untuk proses pembelian vaksin itu boleh dilakukan terus kepada Pharmaniaga, berkuat kuasa segera.

“Kerajaan sudah memberi kebenaran kepada Pharmaniaga untuk menjual terus kepada kerajaan negeri atau mana-mana syarikat yang mahu mendapatkan bekalan itu.

“Kita yakin dengan ini kita dapat mempercepatkan proses ke arah membentuk imunisasi kelompok,” katanya selepas majlis penyerahan kelompok terakhir fasa pertama vaks1n Sinovac kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada Rabu.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Pharmaniaga sebelum ini membekalkan sebanyak 12.4 juta dos vaksin C0vid-19 Sinovac kepada kerajaan untuk Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan (PICK) dan kelompok d0s terakhir itu dibekalkan kepada KKM semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan menambah, harga bagi vaksin terbabit akan ditentukan kemudian.

Katanya lagi, ada sesetengah negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan hospital swasta sudahpun membuat tempahan awal sebelum tempahan dibuka sebelum ini.

Beliau menjelaskan, Pharmaniaga setakat ini sudah membekalkan 14.4 juta vaks1n Sinovac kepada KKM termasuk 12.4 juta sudah diterima dan dua juta lagi diluluskan pada 19 Julai lalu.

Menurutnya, tambahan dos vaks1n itu ada dalam simpanan Pharmaniaga dan dijangka diserahkan kepada KMM dalam masa terdekat.

“Dengan adanya tambahan dua juta lagi vaks1n berkenaan, ia bermakna 22.5 peratus penduduk diberikan vaks1n Sinovac.

“Pada masa ini 20 peratus penduduk sudah menerima vaksin berkenaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, vaksin Sinovac adalah dijamin halal dan meminta orang ramai tidak mempercayai dakwaan mengenai status halal vaks1n itu.

Sumber : gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *