Kerajaan Dah Bertukar, Caprice Bagi Hint Nak Balik Malaysia

Selepas hampir dua bulan berada di Mesir berikutan tidak dapat memasuki G4za, Palestin, penyanyi rap Caprice seolah memberi bayangan akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, bagaimanapun Caprice berkata dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan berkaitan misinya itu.

“Saya benci bila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak?

“See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik,” katanya.

Difahamkan, Caprice mengatakan sedemikian apabila ditanya netizen adakah dia akan mengotakan janjinya untuk balik ke Malaysia jika kerajaan sudah bertukar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian lain, Caprice memaklumkan dia dalam proses menyiapkan lagu kolaborasi dengan artis di negara tersebut.

“InsyaAllah saya bersama artis-artis area ini akan lancarkan lagu mungkin 11 hari lagi,” katanya.

Terdahulu, perkongsian Caprice menjadi perhatian seolah dihimpit masalah serius apabila memaklumkan menerima banyak ugutan sehingga ahli organisasi gelap muncul di hotel tempatnya.

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *