“Kurus Sebab Sak1t”- Fizz Fairuz Dikejarkan Ke Hospital ini sebabnya

Pelakon Datuk Fizz Fairuz dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang dialaminya sejak 2 minggu lalu.

Isterinya, Datin Almy Nadia yang mengesahkan perkara tersebut dan memohon doa agar suaminya segera sembuh.

“Sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hospital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastrik..

“Doktor beritahu gastrik dia banyak sebab dah dekat 2 minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak..

“Sekarang dia diberi drip,masuk ubat bagi dia ok. Lepas ni makan kena makan betul-betul..

“Doakan semua my boy cepat sembuh.. Saya sentiasa ada dengan you ok syg..apa jadi pun I ada dengan you ok love,” katanya.

Almy memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto Fizz yang sedang terlantar sak1t di hospital.

Dalam hantaran di Inta Story pula, Almy mendedahkan berat Fizz susut banyak akibat jatuh sak1t.

“Dia (Fizz) cakap dia gemuk…berat 84 kilogram(kg). Dia nak kurus sebelum mula penggambaran.

“Sekarang Allah makbulkan niat dia nak kurus…beratnya 78kg, kurus sebab sak1t,” luah Almy.

Menerusi laman sosial Almy, rata-rata mendoakan agar Fizz segera sembuh dan urusan mereka dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@vilar kini

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *