Lebih 10 Kampung Di Yan Dilanda Banjir Kilat, Adakah Puncanya Pembalakan Di Gunung Jerai?

Sungguh mengejutkan dengan kejadian yang baru terjadi di Yan, Kedah yang melibatkan lebih 10 kampung. Bermula dengan hujan yang tidak henti-henti daripada pagi, fenomena kepala air telah menyebabkan kerosakan laluan.

Malah memetik laporan Astro Awani hasil temubual bersama penduduk, hujan memang lebat di kawasan atas Gunung Jerai berbeza dengan kawasan bawah.

“Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu,” jelas Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad.

Melalui perkongsian pengguna Twitter, dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada pukul 3 petang itu, kejadian banjir kilat tersebut berlaku dengan sangat pantas.

Malah melalui beberapa gambar yang dikongsikan, keadaan di atas Gunung Jerai kelihatan dipenuhi lumpuh. Sementara itu, video air deras yang berjaya dirakamkan turut membuatkan pengguna laman sosial yang lain risau.

Sementara itu, melalui portal berita itu juga, jurucakap bomba menjelaskan mereka menerima banyak laporan dan kini sedang giat menjalankan operasi.

Sama-sama kita doakan keselamatan semua penduduk di kawasan yang terlibat.

 

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *