“Maaf Menganggu Ketenteraman Awam”, Naim Daniel Jawab Spekulasi Bertunang Dengan Iman Troye

Penyanyi Iman Troye mencuri perhatian apabila memuat naik foto duduk atas pelamin memakai persalinan hijau seakan mengadakan majlis pertunangan.

Lebih mengejutkan apabila Iman pada mulanya meletakkan tag nama penyanyi Naim Daniel pada bahagian bunga yang dipegang dalam foto yang dikongsi menerusi Instagram itu.

“Alhamdulillah,” tulis Iman ringkas sebagai kapsyen diikuti emoji berbentuk hati.

Gempak telah menghubungi Naim untuk mendapatkan keterangan mengenai perkara tersebut.

“Tak ada apalah, sebenarnya sebelum Iman kongsi gambar itu dia ada maklumkan kepada saya.

“Dia tanya, ‘macam ni okay tak?’, itu hanyalah cara kami berdua bergurau. Sebelum ini kalau kami tak kongsi sesuatu yang ‘fishy’ pun orang suka kaitkan macam-macam,” katanya.


Dalam pada itu, Naim juga memohon maaf sekiranya gurauan itu mendatangkan ketid4kselesaan sesetengah pihak.

“Apabila Iman buat macam itu, saja nak bergurau dengan orang, saya pun dah dimaklumkan lebih awal, maaflah kalau mengg4nggu ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, Iman dan Naim pernah digosipkan menjalin cinta namun mereka men4fikan dakw4an tersebut.

Menerusi tinjauan Gempak ketika artikel ini ditulis, tag nama Naim pada gambar tersebut juga telah dip4dam oleh Iman.

Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi dan personaliti media Malaysia. Beliau mula meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, “teman” mempunyai jumlah tontonan di youtube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019.

Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian muslimah tempatan, Leeyanarahman. Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial. Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai Nabila Razali 2.0′ kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila.  Beliau juga ialah salah seorang daripada peserta I Can See Your Voice Malaysia musim kedua di TV3.

Muhammad Naim Daniel Baharin lahir 9 September 1997) ialah seorang pelakon, penyanyi dan penulis lagu Malaysia  Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah drama TV termasuk Ema EmylianaPia dan Lelaki Lingkungan Cinta dan filem termasuk 29 Februari dan Bisik Pada Langit. Kerjaya muzik beliau bermula dengan melancarkan single sulungnya, “Sekali Lagi” yang dikeluarkan pada 2018.

Naim dilahirkan di SerembanNegeri Sembilan. Beliau ialah pemegang Diploma Muzik di Fakulti Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Naim Daniel mula berkecimpung dalam dunia lakonan sebagai pelakon kanak-kanak.[4] Peranan lakonan pertama Naim ialah pada 2008 menerusi siri drama Internet, Jelma yang bersiaran di laman web gua.com.my. Sebagai pelakon baru ketika itu, Naim berlakon bersama pelakon berpengalaman termasuk Norman HakimFauziah Nawi dan Aida Aris, yang mana beliau memegang watak sebagai Reza yang memiliki personaliti berbeza berbanding kanak-kanak lain.

Selepas Jelma, Naim muncul pula dalam drama Cucu Betong bersama Fizz FairuzEzany Nizariff dan Sheila Rusly dengan memegang watak sebagai Raqib. Beliau muncul dalam dua siri drama televisyen serentak pada 2011, iaitu Gemilang sebagai Saifullah kecil dan Cinta Elysa sebagai Imran, kedua-dua drama ini disiarkan di TV3.

Komen Netizen

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *