“Macam Menunggu Jodoh Yang Tak Kunjung Tiba…”- Penantian Farahdhiya Berakhir

Pelakon Farahdhiya berkongsi rasa gembira kerana berjaya khatam al-Quran semalam.

Manis bertudung, Farahdhiya, 37, juga lega apabila dalam pada masa sama telah genap 14 hari mendapat vaks1nasi lengkap C0v1d-19.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas disunt1k d0s kedua vaks1n AstraZ3neca. Saya telah divaks1nasi penuh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)


Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu Farahdhiya sempat berseloroh dengan mengibaratkan menunggu untuk mendapatkan d0s kedua vaks1n Astr4Zeneca umpama menunggu jodoh.

“Menunggu d0s kedua vaks1n AstraZ3neca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” tulisnya.

Sementara itu, Farah yang juga pelakon itu turut memaklumkan sebelum ini dia mengambil masa untuk berehat dari media sosial.

“Alhamdulillah. Saya dapat rehat yang baik dan kini saya kembali!” beritahunya.

Paling yang membuatnya teruja adalah untuk kembali berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *