“Masuk ke pantai dengan riang dan s0mb0ng” – Kereta Kamal Adli terbenam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamal Adli berkongsi memori mencuit hati kenderaan las4k empat pacuan jenis Triton terbenam di pesisiran pantai ketika air surut, semalam.

Menurut pelakon drama Sc4mmer yang sedang berada di Kuantan, Pahang itu, dia sudah lama tidak menggunakan Triton untuk diuji kelebihan yang sinonim dengan aktiviti las4k dan berkebolehan dipandu pada permukaan bumi yang tidak rata.  Pun begitu, siapa sangka kenderaan gagah berkenaan tiba-tiba lemah hampir ditel4n lumpur pantai.

“Alkisah petang tadi niat hati nak cuba`lah uji kekuasaan kereta yang lama tidak dicuba ini. Kawan cakap boleh guna jalan pantai pergi beli keropok. Masuklah ke pantai dengan riang dan sombongnya.

“Kereta aku pacu menyusuri pantai angin. Aku terus memandu sehingga hujung pantai sambil membuat Donut (gelaran keretanya) satu pusingan.

“Pada pusingan kedua Donut aku menjadi badak berendam termasuk dalam lumpur, malunya inilah kisah aku. Terima kasih kepada abang-abang Triton semua! Selamat!,” luahnya di Instagram.

Menerusi perkongsian hantaran beberapa keping gambar, dapat dilihat beberapa orang awam di kawasan tersebut berganding bahu dan bekerjasama membantu kereta lasaknya itu ditarik naik ke permukaan kering dengan menggunakan jentera.

Menjengah di rungan komen, majoriti pengikut, peminat dan rakan-rakan selebriti terhibur dengan perkongsian Kamal dan ada juga yang beranggapan Kamal sedang menjalani sesi penggambaran komersial kereta.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Utusan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *