“Member mngandung..” Kereta brpusing 4 kali Lpas h!lang kawalan, Tpi Drive Sempat Lgi OOTD- ‘Macam lawa pula highway ni’

CUACA hujan lebat menjadi salah satu punca utama berlakunya kemal.angan di jalan raya.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang hilang kawalan sebelum terba.bas ketika memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan keadaan kereta itu selepas berlakunya kema.angan di kilometer 234.9 Lebuhraya Pantai Barat.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Hanani Hazlan, 18, berkata kemalan.gan berlaku sewaktu dia memandu kereta milik teman lelakinya, Muhd Faiz Hakimi Mohd Fadzil, 20.

Gadis itu ditemani empat rakannya yang ingin berjumpa dengan kawan mereka yang berada di Beruas, Perak pada 28 September lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Masa tu saya memandu dengan empat orang kawan dari Setiawan ke Beruas… hujan lebat sangat dan saya pula memang sejenis yang tak boleh bawa kereta waktu hujan.

“Saya tak perasan ada lopak air, kemudian kereta hilang kawalan dan berpusing sampai terlan.ggar divider. Alhamdulillah kawan-kawan semua tak ada apa-apa, cuma seorang sahaja yang terluka pada

bahagian bibir.

Nani (gambar kiri) memandu kereta milik teman lelakinya untuk bertemu rakannya di Beruas.

“Kereta pula ada beberapa kerosakan pada rim tayar dan cermin tingkap bahagian penumpang belakang belah kiri itu pecah,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Station 18, Ipoh, Perak.

Mesra disapa Nani, dia berkata, perkara pertama yang terlintas di fikirannya selepas insi.den itu adalah keadaan salah seorang rakannya yang sedang ha.mil tujuh bulan.

Mereka kemudiannya dibantu oleh seorang lelaki India yang menelefon ambulans untuk membawa rakannya yang tercedera ke Hospital Seri Manjung di Perak..

“Masa tu memang semua orang panik sebab risaukan salah seorang kawan kami yang sedang mengandung dan kereta masa tu berada di tengah-tengah highway.

“Nasib baik ada seorang abang India ni datang tolong tengokkan dan telefon ambulans, saya pula alihkan kereta ke tepi jalan. Sementara menunggu tu polis pun sampai.

Seorang lelaki berban.gsa India (kiri) membantu mereka dengan menelefon ambulans.

“Tak lama kemudian Faiz pun sampai, nasib baik dia tak ma.rah pun bila dapat tahu yang keretanya kemal.angan. Cuma risau je la kalau ada apa-apa yang terjadi pada kami.

“Lepas polis dah beredar barulah ambulans sampai, kawan saya yang meng.andung dan luka di bahagian bibir tu dibawa ke hospital untuk buat pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya yang bekerja sebagai operator kilang di sebuah syarikat yang terletak di Gunung Rapat.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan videonya meraih hampir 500,000 tontonan di TikTok ialah, Nani masih lagi terfikir untuk mengambil gambar outfit of the day (OOTD) selepas berdepan insi.den menge.rikan itu.

Gadis yang berasal dari Ipoh, Perak itu mengakui meminta rakannya Nur Irdina Faizal, 18, untuk mengambil gambar sementara menunggu trak tunda kereta sampai ke lokasi kejadian.

“Faiz yang tolong uruskan kereta untuk towing sebab kereta dia ada mendaftar in.surans.

“Jadi kami yang lain ni tunggu je la, tiba-tiba saya terfikir macam lawa pula kalau bergambar dekat highway ni.

Pesanan saya untuk pemandu lain kalau ada rabun atau silau, tak boleh bawa kereta waktu hujan tu lupakan je la niat nak teruskan pemanduan.

NUR HANANI HAZLAN

“Lagipun kami sebenarnya memang ke Beruas sebab nak jumpa kawan dan rancang sesi ambil gambar, tapi tak dapatlah bila dah jadi macam ni. Saya pun minta Irdina tolong ambil gambar OOTD di tepi highway,” katanya sambil menambah, Faiz juga turut membantu mengambil beberapa keping gambar mereka.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia akan lebih berhati-hati selepas ini jika mahu memandu ketika cuaca hujan.

Nani juga menasihatkan pemandu lain supaya tidak mengambil ris.iko seperti apa yang dilakukan olehnya.

“Lepas accid.ent nak kata serik tu tak la, tapi kalau nak masuk highway saya akan suruh orang lain je yang bawa kereta bila cuaca hujan.

Nani (baju hitam) mengajak rakannya untuk mengambil gambar di tepi lebuh raya sementara menunggu trak tunda kereta.

“Pesanan saya untuk pemandu yang lain kalau ada rabun atau silau, tak boleh bawa kereta waktu hujan tu lupakan je la niat nak teruskan pemanduan.

“Lebih baik kita bagi je orang yang lebih expert untuk bawa kereta waktu hujan lebat sebab benda macam ni memang tak dapat dijangka,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Sahaja Okey.

Sumber: Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *