
Pelakon cilik yang pernah mencuri perhatian disebabkan bakatnya yang menyerlah, Mia Sara Nasuha Binti Muhammad Ridhuan atau lebih dikenali sebagai Mia Sara tampil sekolahkan netizen yang mempersoalkan beliau disun.tik oleh doktor sewaktu mengambil sun.tikan C0vid-19.
“Perlu Ke Doktor laki?”-Netizen
Video yang dimuatnaik di laman TikTok beliau mendapat perhatian daripada segelintir netizen yang mempersoalkan beliau tidak sepatutnya mendapatkan sun.tikan dari doktor lelaki disebabkan imejnya yang bertudung.
“Tak asal yang cucuk tu laki? Kan aurat..Takpe dosa kita, Kerajaan/nurse tanggung”
Perlu Ke Doktor laki? Adoi dah tahu kita Islam kan, tunjuk aurat masa nak cu.cuk..adoi negara Islam..tapi benda macam tu tak boleh pikir.”
Hairan Terdapat Netizen Persoal Perkara Di Luar Bidang Kuasanya

Setelah menerima kec4man netizen, Mia Sara tampil memberikan penjelasan dan meluahkan rasa hairan terhadap netizen yang persoal perkara di luar bidang kuasanya.
“Kenapa anda semua marah apabila lihat doktor yang menjalankan tugas tu lelaki? Anda tahu saya tidak boleh memilih. Jika bertujuan untuk perubatan, ia tidak mengapa.”-Jelas Mia Sara
Beliau menambah, minta netizen agar tahu mengenai sesuatu perkara sebelum meninggalkan komen.
“Sebab itu jika anda mahu komen mengenai sesuatu, pastikan anda tahu tentang apa yang anda sedang cakapkan.”-Mia Sara
Apa pendapat anda?
why are yall so pissed off tht my doctor is a guy? you do know tht i can't choose and for medical reasons its fine 😅 thts why when u wanna comment abt smtg make sure u know what you're talking abt pic.twitter.com/dfUKdDwKS1
— Mia Sara Nasuha (@MiaSaraNasuha) September 27, 2021
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber : Murai