Micheal Ang selar ‘bimb0’ jangan tunjuk b0d0.h, Rita mencelah

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah, Michael Ang yang terkenal dengan mulvt lantang kembali menyelar tindakan individu yang suka menyebarkan aura negatif menerusi perkongsian media sosial sehingga menunjukkan k3bod0.han sendiri.

Katanya, lebih baik berdiam diri daripada menambahkan lagi kekalutan ketika seluruh negara sedang berjuang melawan pandemik C0v1.d-19.

“Kepada b1mbo sedunia di luar sana, kalau tiada benda cerdik nak disampaikan sila duduk diam-diam dan jangan tunjuk k3b0d0han itu pada satu dunia.

“Malaysia sudah cukup parah, tak payah nak menambahkan lagi. Buatlah kebajikan atau bagi kata positif,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Biarpun tidak menyebut nama ‘si b1mbo’ yang dimaksudkan, ramai meneka status berkenaan ditujukan kepada seorang pelakon wanita yang lantang menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletak jawatan.

Menerusi hantaran di InstaStory aktres itu menyatakan rakyat Malaysia telah terpedaya dengan ‘lakonan’ Noor Hisham menerusi karakter yang dipamerkan, wajah sedih dan selalu kepenatan.

Malah pelakon tersebut dalam perkongsian sama meminta figura dihormati ramai itu berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia dengan situasi C0v1d-19 negara.

Sementara itu, pengarah drama Marry Me Senorita turut menegaskan teguran dibuat adalah sebagai pengajaran kepada orang lain supaya lebih bijak menggunakan platform media sosial.

Michael dalam hantaran lain secara sinis mengatakan seorang yang dilahirkan ‘bimb’o atau wanita cantik tetapi kurang bijak akan terus kekal dalam keadaan sama biarpun sudah berkahwin dengan bangsa asi.ng.

Menerusi hantaran lain, dia juga mengecam tindakan segelintir individu yang tiada langsung rasa hormat terhadap petugas barisan hadapan sehingga sanggup menghina dan memperkecilkan mereka.

Sutradara itu turut meminta kelompok yang enggan mengambil vaksin C0.vid-19 tidak menakut-nakutkan orang lain dengan dakyah masing-masing.

“Pakai ot4k sikit. Kau tak nak ambil v4ksin itu hak kamu semua, tiada siapa paksa. Tapi tak payah nak men4kut-nakvtkan orang yang mahu ambil v4ksin.

“Saya rasa belum ada lagi kerajaan atau orang yang sudah v4ksin paksa orang yang tak nak pergi v4ksin. Tapi kita yang sudah v4ksin punya hak sama ada mahu bekerja atau bergaul dengan orang yang belvm v4ksin,” tegasnya.

Sementara itu, kenyataan Lana yang cuba menjatuhkan Noor Hisham bagaimanapun dipertahankan seorang pelakon popular, Rita Rudaini yang selama ini dilihat kerap menimbulkan persoalan tentang vaks1nasi C0vi.d-19.

Selain bersetuju dengan pendapat Lana, ibu tunggal dua anak itu turut menyiarkan semula tangk4p layar status Michael Ang dengan satu kenyataan berbaur sind1ran sambil menyif4t pengarah mu4laf itu sebagai individu yang masuk campur dalam setiap perkara seolah-olah serba sempurna.

Barangkali terkena temp1as sama, Rita turut mengingatkan Michael agar sentiasa tahu kedudukan dan menyedari doa orang yang dis1ndir pengarah itu pasti ada bal4san dari Allah.

Sumber : KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *