Mirip Pemain 212 Squid Game, Pelakon Korea Ini Siap Repost Video Akak Malaysia Di IG Story

Jika anda sudah menonton drama siri terbaru Korea iaitu Squid Game, pasti anda mengenali pemain bernombor 212 bukan?

Wanita yang bernama Han Min Nyeo di dalam drama tersebut semestinya men1nggalkan kesan kepada penonton dengan watak kerek dan pentingkan dirinya.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok pelakon sebenar itu telah berkongsi video di Instagram story memaparkan seorang wanita Malaysia yang dikatakan memiliki wajah mirip sepertinya.

Lihat video penuh itu di bawah:


Sporting siap repost dekat Instagram story, netizen Malaysia tak sangka video dapat perhatian pelakon sebenar

Menerusi video yang dikongsi oleh @stella_0204, kelihatan pelakon bernama Kim Joor Young itu telah memuat naik video yang tular di laman TikTok Malaysia.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah di dalam video tersebut, wanita Malaysia itu sangat mirip seperti pelakon sebenar dan dia dilihat meniru salah satu babak di dalam drama berkenaan.

Lebih mengagumkan, Kim Joor Young notice akan video itu dan selamba repost semula di Instagram storynya.

“Pelakon senior Korea bukan kaleng-kaleng sportingnya weh, even movies diaorang berlambak-lambak” – Netizen*

Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih sehingga 904.3K views, 118.6K likes dan 1.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut bangga kerana orang Malaysia telah mendapat perhatian daripada pelakon hebat Korea.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Siapa tak bangga kalau pelakon negara lain notice kita kan, terbaiklah!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Says 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *