“move on’ Jelah tak perlu bagi alasan” Tiz Zaqyah Bosan! Golongan Anti Vaks1n Sering Beri Pelbagai Alasan

Mungkin bosan melihat sikap golongan anti vaks1n yang sering memberi pelbagai alasan di media sosial, membuatkan bintang drama bersiri popular Nur Kasih dan Sara Sajeeda, Tiz Zaqyah berkongsi pandangannya di laman Twitter hari ini.

Minta Anti Vaks1n ‘Move On’

Pelakon jelita ini menyuarakan pandangannya, dengan menyifatkan sikap golongan anti vaks1n yang sering berdolak-dalih memberi alasan mengenai vaks1n sebagai membosankan dan mahu golongan tersebut ‘move on’.

Foto – Twitter @TI25AQYAH

“Cakap saja, anda tidak mahu vaks1n sebab anda tidak mahu. Lagi pun anda semua beri alasan yang sama, ianya bosan. ‘Moving on’.” Ciapnya di Twitter

Sekadar info, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak antara selebriti yang aktif di laman Twitter. Selain berkongsi perihal dirinya, Tiz juga gemar mengulas isu semasa yang hangat diperkatakan oleh warganet.

Bak kata Tiz Zaqyah, ‘move on’ sajalah tak perlu beri pelbagai alasan sebab perkara pokoknya diri sendiri memang tak nak ambil vaks1n tersebut.

Apa kata anda?

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Murai 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *