Mula Bertudung, Siti Elizad dan Izara Aishah Tampil Bertudung, Akui Belum Sempurna

Sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, penampilan pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad menarik perhatian ramai apabila tampil bertudung.

Gambar tersebut dikongsikan oleh Elizad menerusi Insta Story miliknya memaparkan dirinya bertudung sejak empat hari lalu. Bagaimanapun, baru semalam Elizad memuat naik fotonya bertudung di Instagram.

BACA: Siti Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Telefon Beri Kata Semangat

Meskipun menutup ruangan komen posting foto tersebut, menerusi Insta Story, Elizad berkata dia menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher.

“Allahuakbar, elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik dan istiqomah. Yang beberapa netizen ni, ada je tak kena.

“Ya tahu, belum sempurna. Jadi mekasih di atas komen-komen yang serba serbi tak kena. Jangan merasa diri kita lebih baik daripada orang lain,” tulisnya.

Semalam, Betty Rahmad berkongsikan tentang penghijrahannya dan pelakon Izara Aishah dilihat memuat naik fotonya bertudung labuh serta sudah pun memadam fotonya tidak bertudung.

Dalam pada itu, netizen juga sudah mula membuat andaian sekiranya pelakon cantik ini sedang membuat perubahan diri ke arah yang lebih baik secara perlahan-lahan.

Mereka juga turut mendoakan agar Izara istiqomah dengan penampilan baharu itu sekiranya ia benar.

Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Irisa Alaia.

Jangan lupa ikuti kisah-kisah menarik yang tersedia di bawah seperti berikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Info kita

Sumber : Gempak

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *