Nabila Razali Minta KKM Buka Ruang K0men Med1a Sosial

Umum mengetahui, tiga platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram milik KKM tidak membenarkan netizen menulis di ruangan komen.

Melihat kes Covid-19 mencanak naik hingga mencecah 20,000, penyanyi Nabila Razali meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka semula ruangan komen bagi memberi ruang rakyat memberi pendapat.

BACA: Nabila Razali Sudi Jika Ada Yang Serius Mahu Kenal Hati Budi

“Sekarang ramai yang yang dapat info daripada sumber yang salah, bagus kalau kita ada sumber yang sahih iaitu platform yang tak tutup komen untuk orang ramai memberikan pendapat.

“Saya risau apabila tengok kes kematian semakin meningkat. Saya rasa macam ia semakin dekat dengan saya dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, menerusi Twitter Nabila meminta KKM supaya tidak menutup ruangan komen supaya orang ramai dapat memberi pendapat dan pertanyaan berkaitan C0vid-19.

Nabila akui KKM menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbalahan namun keadaan tersebut menyukarkan orang ramai yang benar-benar mahu mendapatkan info tentang C0vid-19.

“Saya faham asbab KKM menutup ruangan komen kerana mereka ingin mengelakkan perbalahan seterusnya mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Jika masih ada yang komen negatif, kita jangan kecam dia, sebaliknya kita educate dia sambil bertanya “apa masalah awak?” tulisnya.

Tambah Nabila lagi, dia memahami ramai yang tertekan dengan pandemik melanda negara dan meminta semua bersabar serta berharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *