“Nasib Tak Berjalan Atas Air, Kalau Tak Naya…,” – Neera Azizi Mer4cau Sampai Meng1lai, Zalif Sidek Kongsi Kisah

Pelakon, Zalif Sidek berkongsi detik menyer4mkan sewaktu dia dan rakan-rakan artis yang lain sedang menjalani sesi pengambaran untuk salah satu episod bagi drama terbaru yang berjudul Malaysian Ghost Story.

Menurut Zalif, sewaktu sesi pengambaran sedang giat dijalankan, beberapa pelakon wanita difahamkan telah ‘dig4nggu’ sehingga menyebabkan aktiviti tersebut terp4ksa dihent1kan buat seketika.

Kesemua mereka difahamkan sedang menjalani sesi pengambaran bagi episod yang mengetengahkan mengenai lagenda, Ulek Mayang.

Video berdurasi hampir 50 saat itu memaparkan pelakon, Neera Azizi yang dilihat sedang cuba ditenangkan oleh kru-kru produksi selepas dia didapati tidak menyed4rkan d1ri.

Selain Neera, antara pelakon-pelakon lain yang turut dig4nggu termasuklah Ara Johari dan Didi Astillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)


“Kejadian sebenar. “Neera azizi! Neera Azizi! Dia Boleh Gelak Meng1lai Je.
Kejadian ni betul-betul berlaku depan mata semasa tengah shooting Drama “Ulek Mayang” Ini.

“Mangsa Pertama @neeraazizi mula mula kene pastu berj4ngkit hampir kena @arajohari @didiastillah @schalysa_ tapi mereka semua alhamdullilah cuma penari talent yang lain berj4ngkit-j4ngkit sampai empat orang sekali,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh Zalif menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, Zalif mendedahkan situasi tersebut akhirnya berjaya dikawal dengan bantuan individu yang lebih arif.

Katanya lagi, ins1den tersebut berkemungkinan besar berlaku disebabkan lokasi resort tersebut yang telah lama ditingg4lkan sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

“Alhamdullilah tak lama semuanya selesai dan kita boleh jalankan penggambaran. Fuhhh hardcore benda ni. Nasib baik tak berjalan atas air pantai. Kalau tak naya Pak Karimmmm.

“Sebab apa? Sebab resort tu lama dah tutup sebab pend3mik lockdown PKP semua. Jadi kami kumpulan pertama checkin resort tu lepas PKP! Nahh,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terkejut selain turut menasihati para pelakon untuk sentiasa beringat dan mengawal diri terutamanya ketika berada di kawasan-kawasan yang telah lama ditinggalkan.

“Ulek Mayang memang ker4s sik1t. Lagi-lagi kalau buat lepas Magrib dan malam. Memamg senang nak kena ganggu.

“Ulek mayang memang jangan main-main. Banyak dah kes.

“Pergh menyer4mkan. Takutnya dengar dia meng1lai.

“Ya Allah. Allahuakbar. Nasib baik tiada apa yang tidak diingini berlaku. Ulek Mayang ni keras,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, drama ser4m, Malaysian Ghost Stories telah mula bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria atau pun strim di mana-mana sahaja menerusi platform Astro Go.

Drama 18 episod ini menampilkan pelbagai kisah misteri yang dikaitkan
dengan permasalahan dan mahkluk halus yang popular di kalangan masyarakat nusantara.

Sumber: Instagram Zalif Sidek & Ara Johari via Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *